CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 22 Mac 2013

Sedekah atau penghargaan?

MINGGU 3 (5)

Jika seseorang berniat untuk memberi wang atau sesuatu yang berharga kepada individu lain, apakah istilah yang paling sesuai diungkapkan untuk menyatakan hasrat hatinya? Pernahkah anda terfikir perasaan orang yang menerima hadiah atau pemberian tersebut?


Jika kita mendapat hadiah atau wang semasa zaman kanak-kanak, sudah semestinya kita menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita tidak kisah cara sesorang itu atau khususnya orang dewasa memberikan sesuatu kepada kita. Yang penting, setelah mendapat sesuatu, kita pasti akan menghargainya dengan ucapan 'terima kasih' kepada orang tersebut. Kita akan menerimanya dengan tersenyum lebar.


Namun, perkara yang menjadi persoalan di minda saya ialah adakah istilah 'sedekah' sesuai digunakan untuk menghargai seseorang khususnya untuk menghargai orang yang lebih tua daripada kita?

Contohnya;

Aisyah    :  Mak cik, ambil la duit ni...Saya sedekah kepada mak cik kerana sudi menjahitkan baju kurung saya.

Makcik    : Err...tak pe la Aisyah. Simpan saja duit kamu.


atau



Aisyah    : Mak cik, ambil la duit ni...Tanda penghargaan saya kepada mak cik kerana sudi menolong menjahitkan baju kurung saya.

Makcik    : Baiklah (sambil tersenyum)


Kesimpulannya, sebelum berbicara, seseorang harus berfikir dahulu agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Istilah 'sedekah' dan 'penghargaan' masing-masing membawa tafsiran makna yang berbeza bagi seseorang.


farah :)











0 ulasan:

Catat Ulasan