CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 12 Mac 2013

Janji Melayu?


MINGGU 2 (2)

Janji Melayu?

Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut A, B, C. Janji juga dilabelkan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini. Masyarakat Melayu sinonim dengan sikap yang tidak menepati masa. Oleh itu, istilah janji Melayu muncul dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


Janji Melayu

- Tidak menepati masa

Jika berjanji untuk berjumpa pada pukul 9 pagi, individu akan hadir jam 9.30 pagi. Sikap tidak tepati masa seharusnya dielakkan. Kemajuan masa tidak akan dapat dicapai sekiranya masyarakat tidak menepati janji. Masa itu ibarat emas. Janganlah kita mengorbankan masa orang lain kerana sikap kita yang tidak menepati janji.


Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.




farah :)

0 ulasan:

Catat Ulasan