CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 8 Mac 2013

Ketaq lutut...

MINGGU 1 (5)

Memandangkan rumah saya berada di tingkat empat, Kolej Ungku Omar, Proton City...

Situasi :

Minggu pertama: Aduh, penatnya naik tangga!


Minggu kedua    : Yeay, guna strategi baru la untuk naik tangga. Macam ni...mula-mula, naik sampai tingkat dua kemudian jalan terus melalui koridor dan baru sambung perjalanan naik tangga dari tingkat dua hingga tingkat empat.



Minggu ketiga    : Sudah tidak penat untuk naik tangga untuk sampai ke rumah di tingkat empat. Mungkin kerana sudah biasa dan jantung saya pun sudah mula menerima keadaan ini setelah berlatih setiap hari untuk naik tangga.



Akhirnya, dah tak ketaq lutut bila sampai rumah (mengeluh dalam hati versi loghat kedah)




Beza 'ketak lutut' dan 'ketaq lutut'













Ketak 

1 Bahagian rambut yg berombak-ombak atau beralun-alun; keriting. 2 kedut atau kerut pd dahi, kulit dll. 3 bahagian badan lipan dll yg bergelang-gelang. berketak 1 berombak-ombak (ttg rambut dll); beralun-alun; berkeriting. 2 berkedut-kedut (spt kulit pd leher). mengetakkan menjadikan berketak: ~ rambut mengeritingkan rambut.


Ketar

Terketar-ketar menggeletar (kerana takut dll); menggigil





Lutut

Sendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk.





Info : 'Ketar' dalam dialek Kedah disebut sebagai 'ketaq'



Kesimpulannya, sebutan bagi istilah 'ketak lutut' dan 'ketaq lutut' membawa makna yang berbeza. Untuk

pengetahuan semua, 'ketaq lutut' berasal daripada dialek Kedah. Jika diteliti, masyarakat negeri Kedah menyebutnya sebagai 'ketaq lutut' dan bukannya 'ketak lutut'. Bagi golongan yang baru mempelajari dialek Kedah, mungkin sukar bagi anda untuk menyebutnya dengan betul!


farah :)



0 ulasan:

Catat Ulasan