CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 11 Mac 2013

Kata alu-aluan atau kata aluan?

MINGGU 2 (1)

Assalamualaikum,

Sebenarnya, saya musykil perbezaan antara 'kata alu-aluan' dan 'kata aluan'...

Lebih menarik lagi, penggunaan 'kata alu-aluan' dan 'kata aluan' mempunyai kisah yang tersendiri semasa saya berada di Tingkatan Enam. Kebetulan salah seorang rakan sekelas saya bernama 'Alwan'. Nak dijadikan cerita, suatu hari guru bahasa Melayu saya telah mengajar karangan yang menggunakan 'kata alu-aluan'.

Ketika itu, saya tidak memberi tumpuan semasa guru bahasa Melayu saya mengajar. Saya menjadi konfius dengan pengajaran guru pada hari itu kerana tidak dapat membezakan antara 'kata alu-aluan' dengan 'kata alwan'. Kebetulan rakan-rakan sekelas menyebutnya sebagai 'kata-kata aluan'

Terdapat perbezaan makna antara 'kata alu-aluan' dan 'kata aluan'. Contohnya dapat dilihat seperti di bawah;


#Info#

kata alu-aluanucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kata-kata+aluan


kata iringankata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll;




farah :)

0 ulasan:

Catat Ulasan