CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 4 Mac 2013

Mak nyah?

MINGGU 1 (1)


Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang entri pertama saya yang bertajuk 'mak nyah', saya ingin bertanya kepada anda...apakah yang terbayang di minda anda tentang golongan ini?emmm...


   

Alkisah...mak nyah,

Mak nyah juga dikenali sebagai pondan, bapuk atau darai merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yakni mereka yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual".  Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat. Mereka bebas untuk menjalankan kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang atau disekat, golongan ini akan memberontak, kononnya hak asasi mereka telah dicabuli.

Baiklah, sebenarnya saya ingin megulas sedikit tentang kata ganti nama diri yang digunakan oleh golongan mak nyah. Sebelum itu, kita perhatikan, kata ganti nama ialah seperti di bawah;



SITUASI

1) Lelaki pertama : kacak dan bergaya
2) Lelaki kedua     : gemuk dan selekeh


Dialog antara dua orang mak nyah :



Mak nyah 1: Emm... comelnya dia... ( merujuk kepada lelaki pertama) taste sangat...nampak lesung pipit dia...geramlah mak.

Mak nyah 2: Isyyy... lemaslah tengok jantan tu...( merujuk kepada lelaki kedua) konfiden ek ketawa kuat-kuat, walaupun gigi bersepah...geli nyah.


Kesimpulannya, kata ganti nama diri pertama bagi golongan mak nyah menggunakan istilah 'mak' iaitu, merujuk kepada diri sendiri manakala kata ganti nama diri kedua pula, mereka menggunakan istilah 'nyah'




farah :)

0 ulasan:

Catat Ulasan