CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 18 Mac 2013

Niat baik, tapi bukan begitu caranya...

MINGGU 3 (1)


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan telah pergi ke Universiti Malaya untuk bertemu dengan rakan sekolah saya yang belajar di Universiti Malaya. Berikutan jarak antara perhentian bas dengan kolej kediaman terlalu jauh, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas. Semasa kami berada di perhentian bas, sebuah kereta telah berhenti untuk menumpangkan kami ke kolej kediaman rakan saya. Walau bagaimanapun, rakan saya telah menolak ajakan pemandu kereta tersebut untuk menumpangkan kami. Pada mulanya saya berasa hairan sebab rakan saya menolak ajakan pemandu tersebut dan akhirnya saya mengetahui sebab rakan saya bertindak sedemikian. Perhatikan dialog antara pemandu kereta dan rakan saya;


Pemandu kereta : Nak tumpang ke?
Rakan saya        : Tak pe la, terima kasih.


Setelah kereta itu beredar, rakan saya mengomel meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap pemandu kereta tersebut. Menurut rakan saya, walaupun niat pemandu kereta itu baik, namun pemandu tersebut tidak sepatutnya menanyakan soalan 'nak tumpang ke?'. Apakah jawapan yang seharusnya dijawab oleh rakan saya? Pemandu kereta tersebut seharusnya mengajak kami untuk menumpang keretanya dengan menggunakan ayat yang lebih baik seperti di bawah;


Pemandu kereta : Mai la tumpang... (loghat Kedah) atau
Pemandu kereta : Mari tumpang kereta saya...


Kesimpulannya, sebelum berbicara kita haruslah berfikir dahulu. Jadikan budi bahasa sebagai  amalan kita semua. Walaupun niat kita baik, sekiranya kita tidak pandai tutur bicara secara sopan, kita tetap mengguris perasaan orang di sekeliling kita.


farah :)


0 ulasan:

Catat Ulasan