CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 2 April 2013

Membesarkan kerak nasi

MINGGU 5 (5)

'Membesarkan kerak nasi'  merupakan  peribahasa Melayu. Peribahasa ini membawa maksud membuat pekerjaan yang membazir. Contohnya ialah menghabiskan wang semata-mata untuk membeli telefon pintar yang mahal harganya agar dipandang  mulia oleh masyarakat.

Contoh ayat:

Rakyat Malaysia diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi.



Kerak nasi


Maksud

-Nasi yang keras yang melekat di bahagian dasar periuk. 






Hakikatnya, nasi yang sudah siap dimasak tidak akan dapat mengembang seperti bubur lagi. Oleh itu, sia-sialah bagi golongan yang berusaha untuk 'membesarkan' kerak nasi.
                                        






farah :)

Bunga dan kumbang

MINGGU 5 (4)

Dalam masyarakat Melayu 'bunga' ialah kiasan bagi golongan wanita manakala 'kumbang' pula ialah kiasan bagi golongan 'lelaki'. Bunga merupakan ciptaan Tuhan yang sangat cantik. Tidak hairanlah, masyarakat Melayu menyamakan golongan wanita sebagai 'bunga'. Golongan lelaki pula dikiaskan sebagai 'kumbang'. Kumbang sering berada berdekatan dengan bunga di taman. Berdasarkan pemerhatian orang Melayu terhadap kejadian alam, maka lahirlah peribahasa yang melibatkan 'bunga dan kumbang' seperti di bawah;



Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang
Maksudnya: Perawan tua tidak dipinang orang

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bunga&d=11




Andai ada seorang lelaki atau wanita yang baru sahaja putus cinta, rakan-rakannya pasti akan berkata begini. 'Sabar je la, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor'. 

Walau bagaimanapun, bukan isu cinta yang ingin diutarakan di sini, tetapi tentang sebuah taman bunga yang dipenuhi dengan kuntuman-kuntuman bunga yang berkembang mekar. Taman ini dipercayai terletak di negara Jepun yang menyajikan pemandangan yang sangat indah. Terdapat beratus-ratus pokok bunga yang setiap satunya mempunyai beratus-ratus kuntuman bunga. Taman ini terus mendapat perhatian pengunjung untuk menyaksikan keindahannya. Sesungguhnya taman ini membuktikan yang 'bunga bukan sekuntum'





farah :)




Isnin, 1 April 2013

Nasi air

MINGGU 5 (3)



Aisyah     : Farah, Sya teringin nak makan 'nasi air' la.
Farah      : Emmm...nasi air? (dalam hati : nasi apa tu?)
Aisyah     : Farah tahu tak 'nasi air' tu apa?
Farah      : Bubur ke? (dalam hati: moi!)
Aisyah     : Pandai pun (ketawa)


Info
Farah- berasal dari  Kedah
Aisyah- berasal dari Negeri Sembilan

Walaupun maksud makanan ini sama, namun penutur masyarakat yang berbeza negeri menggunakan istilah yang berbeza.


farah :)

Petua: 'gigit kasut'

MINGGU 5 (2)


Petua: gigitlah kasut sebelum kaki anda digigit!

Gigit kaki? Adakah anda faham tentang maksud tersirat perbuatan kasut menggigit kaki manusia? Adakah logik perkara ini berlaku?

Sebenarnya perkataan 'gigit kaki' merujuk kepada keadaan 'kaki melecet' atau 'kaki luka'. Kasut yang baru dibeli biasanya akan mengundang masalah ketidakselesaan kepada si pemakai. Keadaan kasut yang keras akan menyakitkan kaki si pemakai. Oleh itu, terdapat petua orang tua-tua agar si pemakai menggigit dahulu kasut yang baru dibeli sebelum dipakai bagi mengelakkan keadaan tidak selesa apabila memakai kasut yang baru dibeli.



Petua: gigitlah kasut sebelum kaki anda digigit!




Pesanan: Renung-renungkan dan selamat beramal!

farah :)

Subuh gajah atau subuh dinasour?

MINGGU 5 (1)

Pernahkah anda mendengar istilah 'subuh gajah' atau 'subuh dinasour' sebelum ini?
Baiklah, bagi individu yang belum pernah mendengar istilah ini, saya akan menyatakan maksud kedua-dua istilah tersebut seperti di bawah;

'Subuh gajah' atau 'subuh dinasour' ialah istilah yang lazimnya digunakan untuk merujuk kepada perbuatan individu yang lambat menunaikan solat Subuh. Mereka menunaikan solat Subuh ketika hampir-hampir habis waktu atau sudah habis waktu solat. Memandangkan solat Subuh didirikan pada waktu pagi, keadaan ini menyukarkan sesetengah pihak untuk menunaikannya. Mereka lebih rela tidur atau tidur sehingga tidak sedarkan diri walaupun waktu solat Subuh sudah pun masuk.






Subuh gajah?



ATAU







Subuh dinasour?


Yang jelas, 'gajah' atau 'dinasour' hanyalah kiasan yang digunakan oleh masyarakat untuk menggambarkan sikap mereka yang lambat menunaikan solat Subuh.


Manusia lambat solat, 'gajah' dan 'dinasour' pula yang dapat nama...


farah :)