CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 7 Mac 2013

Makna 'tertomoih'

MINGGU 1 (4)


Untuk pengetahuan semua, perkataan 'tertomoih' merupakan berasal daripada loghat Kedah atau utara.

Situasi :

"...tengah dok bawak moto elok-elok, depa tertomoih...qheta mai langgaq depa dari belakang tiba-tiba di Ipoh"... Begitulah cerita yang disampaikan oleh pensyarah media saya. Keadaan kuliah menjadi ceria seketika dipenuhi gelak tawa para mahasiswa. Boleh dikatakan hampir keseluruhan mahasiswa ketawa semasa dalam kuliah Media dalam Pengajaran Bahasa Melayu oleh Dr. Hj. Ab. Rahman bin Ab. Rashid. Namun, masih terdapat pelajar yang terpinga-pinga kerana mereka tidak memahami maksud 'tertomoih' tersebut.

Info:  Dr. Hj. Ab. Rahman bin Ab. Rashid merupakan anak kelahiran negeri Kedah. Maka tidak hairanlah beliau telah tersasul menggunakan dialek utara iaitu 'tertomoih' semasa kuliah berlangsung.


Tertomoih
Maksud: Terjatuh atau tersungkur!





Pesanan: Hati-hati di jalan raya!


farah :)

0 ulasan:

Catat Ulasan