CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 25 Mac 2013

Mek Mulung


MINGGU 4 (1)

Mek Mulung merupakan teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah. Mek Mulung merupakan adunan kesenian yang menggabungkan unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan.

Pada awalnya, saya beranggapan teater ini berasal dari negeri Kelantan. Hakikatnya, teater tradisional ini berasal dari Kedah. Keadaan ini disedari setelah mendengar dan meneliti loghat keseluruhan  yang digunakan oleh para pelakon teater 'Putera Cahaya Bulan' di Panggung Budaya, UPSI pada 22 Mac 2013 yang lalu. Secara keseluruhannya, teater ini amat menarik dan tidak membosankan. Tambahan pula, loghat yang digunakan ialah loghat Kedah. Memandangkan saya merupakan anak Kedah, saya memahami keseluruhan cerita ini dengan baik.

Persepsi pertama saya sebelum menonton persembahan teater ini ialah teater ini berasal dari negeri 'Cik Siti Wan Kembang' atau Kelantan. Istilah 'Mek' lazimnya ada kaitan dengan kaum wanita. Saya mengaitkan istilah  'Mek' ini dengan cerita 'Cik Siti Wan Kembang'. Tambahan pula, tajuknya yang berjudul 'Putera Cahaya Bulan'. Cahaya Bulan berkemungkinan ada kaitannya dengan Pantai Cahaya Bulan di negeri Kelantan. Jika sebelum ini, saya hanya pernah mendengar teater tradisional seperti 'Main Puteri' dan 'Ulit Mayang', tetapi setelah menonton teater Mek Mulung 'Putera Cahaya Bulan' , pengetahuan saya tentang teater tradisional Melayu bertambah. Malah, saya berasa berminat untuk menonton teater tradisional yang lain jika diberi kesempatan.

Yang pasti, persembahan kesenian teater tradisional Mek Mulung mampu menarik generasi baru untuk menghayati keunikan dan keindahan jati diri serta tamadun rakyat Malaysia.

Info
Dikatakan Mek Mulung berasal dari Legor, Siam. Kemudian, diperkenalkan di Kedah ketika berlakunya persengketaan Kedah-Siam. Tempat mula-mula ia diperkenalkan ialah di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang. Seterusnya teater ini berkembang ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan akhirnya di Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah.





farah :)

0 ulasan:

Catat Ulasan