CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 14 Mac 2013

Goreng pisang atau pisang goreng?

MINGGU 2 (4)

Perhatikan dialog di bawah;


Mak cik, bagi goreng pisang RM1! @ Mak cik, bagi pisang goreng RM1!

- Jika anda perhatikan sebenarnya terdapat kesalahan bahasa berkenaan dialog di atas. Bagi sesetengah orang yang tidak pernah belajar atau mengetahui apa itu hukum D-M, tentu sekali mereka tidak mengambil kisah sama ada menggunakan istilah 'pisang goreng' atau 'goreng pisang'. Yang penting 'pisang goreng' atau 'goreng pisang' tersebut sedap untuk dimakan. Walau bagaimanapun, penggunaan 'goreng pisang' adalah salah sama sekali dalam bahasa Melayu. Kesalahan penggunaan frasa ini dapat dilihat pada sudut hukum
 D-M. Hukum ini adalah satu sifat susunan kata di dalam bahasa Melayu yang berbeza dengan bahasa Inggeris. D melambangkan 'yang diterangkan' manakala M ialah 'yang menerangkan'. Menurut hukum D-M iaitu, D ( kata yang diterang harus didahulukan dan diikuti oleh kata yang menerang). Oleh itu, sesuatu yang ingin diterangkan harus mendahului perkara yang mahu menerangkan. Contohnya ialah seperti di bawah;

i)  pisang goreng
ii)  pisang emas
iii) pisang tanduk










farah :)




0 ulasan:

Catat Ulasan